Assalamualaikum…..
blog ini adalah mengenai perjalanan kami pelajar dup 6 dalam pembikinan teater
muzikal kampung baru.
‘’Teater
Muzikal Kampung Baru”.
Percubaan pertama kali bagi hampir semua pelajar dup 6
berlakon di pentas teater bagi subjek
visitor interpretation service.
Proses pertama yang dilakukan adalah memilih tajuk bagi teater. mesyuarat
telah diadakan untuk memilih tajuk bagi teater dan persetujuan telah dicapai
untuk memilih teater muzikal kampung baru untuk dilakonkan .
Seterusnya,
jawatankuasa pula dibentuk antaranya adalah :
1)
Ajk makanan
- ajk makanan telah dipilih seramai 9 orang yang terdiri daripada pelajar dup
6A, 6B dan 6C dimana mereka dipertanggungjawabkan untuk menyediakan dan menguruskan
makanan bagi semua crew yang terllibat sepanjang teater berlangsung.
2)
Ajk promosi
- Ajk promosi
memainkan peranan yang sangat penting bagi melancarkan penjualan tiket
bagi teater ini. Sebanyak tiket telah
dicetak dan dikeluarkan. Bukan sahaja ajk promosi giat menjual tiket tetapi ajk
lain seperti para pelakon juga membantu dalam penjualan tiket pada orang ramai
serta pelajar jabatan lain.
3)
Ajk protol/jemputan
- Berperanan
dalam menguruskan para jemputan termasuklah penonton, VIP,VVIP dan
lain-lain. Teater kali ini ajk protokol telah menjemput semua pensyarah
politeknik, ketua jabatan, ketua program dan pengarah politeknik sendiri iaitu En. Azizi bin Lin .
4)
Barisan pelakon
- Pelakon adalah pengerak utama dalam pembikinan
teater ini. Tidak kira siang atau malam latihan terus dijalankan bagi
memantapkan mutu lakonan masing-masing serta menjiwai watak. Sebelum teater ini
dijalankan para pelakon serta semua yang terlibat telah di pertontonkan dengan
teater tun dr.mahathir bagi memberi gambaran sedikit sebanyak tentang apa itu
teater dan proses pembikinannya.
5)
Ajk muzik
- Bagi ajk muzik mereka bertanggungjawab mencipta
dan mengubah melodi bagi lagu, soundtrack dan kesan bunyi untuk teater kampung
baru ini. Mereka juga bertungkus lumus untuk menjadikan teater ini lebih
menarik dengan lagu –lagu gubahan mereka.
6)
Para penari
- Para penari terdiri daripada pelajar DUP6
sendiri. Gerak tari telah disusun dan dibincangkan diantara para penari dan
bebrapa perbincangan telah dibuat bagi mencipta tarian yang bersesuaian dengan
teater pada kali ini.
7)
Ajk visual
-
Ajk visual memainkan peranan yang sangat besar
bagi menyediakan prop bagi teater ini. Semua ajk mencurahkan idea bagi mencipta
prop yang menarik.ada juga diantara ajk yang tidak tidur bagi menyiapkan prop.
Ajk visual sedang menyiapkan prop untuk digunakan
bagi teater ini
Antara prop yang digunakan adalah meja dan bagi
backdrop dihasilkan sendiri oleh pelajar dup6 sendiri.
Nasi lemak palsu
yang tapi Nampak macam real kan?
Semua crew bekerjasama dalam meyusun atur dewan dan
proses menggantung backdrop sedang dijalankan.
Salah
seorang crew iaitu penyanyi dan pelakon sedang membantu dalam menyediakan prop.
Setelah penat melakukan tugasan,mereka berehat
sebentar untuk mengisi perut
Ketua muzik iaitu azmina azni sedang menysusn atur lagu yang bakal dipersembahkan
Para pelakon turut membantu dalam
menyediakan prop dan meyususn atur perabot bagi babak yang akan dilakonkan.
Sama – sama dalam membantu dalam menjayakan teater ini.
Ini adalah nuraimi syazwani yang
menjadi nadi penggerak teater ini.diberi tugas yang berat untuk memikul jawatan
sebagai stage manager
ALHAMDULILLAH
semuanya telah
siap sedia. Banyak persiapan yang telah
dilakukan sebelum pementasan bermula. Sebagai satu kumpulan kami bekerjasama
dalam mempercepatkan proses pembikinan teater ini. Tidak kira malam atau siang
latihan tetapi dijalankan, persiapan bagi prop oleh ajk visual. Masing-masing
mengerah tenaga bagi menyiapkan prop, menyusun atur dewan dan pentas supaya
penonton juga merasai dan menjiwai teater kampung baru ini.para penyanyi dan
pelakon masing- masing sibuk membuat latihan bagi memantapkan lakonan, tarian
dan nyanyian mereka. Dalam masa yang singkat, segala persiapan yang telah
dirancang telah siap dalam masa yang ditetapkan .Tepat pada pukul 7 malam pada hari rabu
semua persiapan telah sedia dan kami hanya menunggu ketibaan para jemputan dan
penonton.
selepas the pementasan ‘teater muzikal kampung baru’
Para pelakon dan penari disolek oleh orang luar, iaitu adik
adik dari ‘sekolah seni johor bahru’ Nice make up! Terima kasih adik adik !
Make up orang tua
yang sangat menjadi! Ini adalah Mak Renong dan Hajjah Palawan.
Kini tiba lah detik paling mendebarkan J, beberapa minit sebelum pementasan, para produksi semuanya gementar, cuak, nak terberak terkencing semuanya adaa! Heee huuu .
para pelakon utama
disiapkan!
sementara ajk protokol sedang sibuk melakukan persiapan
untuk menyambut kedatangan tetamu kehormat J
semua dah pakat pakai cantik cantik belaka!
amboii segak sungguh
hampa noo!
Jeng jeng jeng! Masa yang dinantikan semakin menghampiri! Tepat jam 8.30 malam, tetamu kehormat sampai, dan teater pun bermulaa! Its show time bebehh!
antara tetamu vip yang hadir
Namun yang demikian, tuan pengarah kite iaitu Tn. Hj Azizi
bin Lin, merangkap pengarah Politeknik Ibrahim Sultan datang lambat sikit J tapi takpee, atleast
Tuan datang, hihi
teater bermula!
Haaa itu dekat pentas, Nampak cool je kan? Haha, tapi
backstage? Siapa yang tahu betapa nervous nyaaa, hihihi check out this picture!
jantung dup dab dup dab kot! haha
para penonton :)
para penari yang memeriahkan teater ini lagi:)
selepas pementasan 'teater muzikal Kampung
Baru '
Selepas pementasan teater
tersebut, sesi pengenalan diri dan penghargaan bagi pihak yang terlibat dalam pementasan
teater ini iaitu Barisan Pelakon, Ajk Visual, Muzik, Dan Tarian.
Pemberian sebagai
tanda penghargaan dari kami kepada
pengarah Politeknik Ibrahim Sultan iaitu Tuan Azizi Bin Lin. Untuk
pengetahuan, projek ini adalah kali pertama dilakukan bagi subject VIS.
Ucapan terima kasih
kepada yang hadir,kami berasa gembira kerana usaha titik peluh kami, telah
terlaksana walaupun pelbagai rintangan dugaan dan pahit manis yang kami lalui.
kami sangat menghargai sokongan anda :)
Sesi mengambil gambar
bersama pengarah , ketua jabatan , pensayarah dan krew-krew yang terlibat dalam
pementasan teater ini.
Ucapan tahniah dari
para pensayarah . Alhamdulillah mendapat komen yang baik :)
ini
merupakan kenangan terindah sepanjang kami berda di politeknik Ibrahim sultan.
Kami bekerjasama
untuk membersihkan semula dewan. Meletakkan kembali pasu yang digunakan
ditempat yang asal.
Berkerjasama menyusun
kembali kerusi .
Menanggalkan backdrop
yang telah dihasilkan oleh ajk seni visual .
Menyapu dan
membersihkan warung dan lantai pentas setelah diselerakan dgn daun daun kering
dan sampah.
selepas selesai sesi mengemas , kami beredar pulang kerumah. ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung didalam teater ini.:)
THANKYOU !
0 comments:
Post a Comment