Friday 12 April 2013


Dari Kiri : 
Nor Amalina Bt Nor Azlan,Hafiqah Bt Zainal Abidin,
Stella Hennery,Ahmad Fakhrul Azmi Bin Ab Gafa,
Najeha Bt Abdul Razak,Nur Syamimi Syuhada Bt Abdullah


 TEATER MUZIKAL KG.BARU

Pada semester akhir ini, pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Ibrahim Sultan dikehendaki mempelajari modul HT619-Visitor Interpretation Services. Objektif modul ini dijalankan adalah untuk membantu para pelajar pelancongan dalam mempelajari konsep asas dan penggunaan perkhidmatan tafsiran dalam bidang pelancongan. Dalam modul ini, salah satu tugas yang perlu dilaksanakan adalah melakukan Teater Muzikal. Setelah ketiga-tiga kelas pelancongan iaitu DUP6A, DUP6B dan DUP6C berbincang tentang pemilihan tajuk, akhirnya, tajuk yang dipilih adalah Kampung Baru.

Untuk pengetahuan para pembaca, ini merupakan kali pertama teater muzikal diadakan di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan hasil peluh sepenuhnya oleh pelajar semester 6 pelancongan turut dibantu oleh para pensyarah modul ini dan tidak dilupakan juga kepada adik-adik lepasan Sekolah Seni Johor Bahru. Apabila tajuk telah dipilih, beberapa ahli jawatankuasa (AJK) dirangka bagi melancarkan perjalann teater muzikal ini. Antara AJK yang dimaksudkan adalah seperti berikut:-
v  Teater
v  Muzik
v  Tarian
v  Visual
v  Promosi
v  Makanan
v  Protokol
v  Pengarah
v  Flow Manager

Saudara Haris daripada kelas DUP6A diberi kepercayaan untuk menjadi pengarah bagi teater muzikal ini. Beliau akan dibantu oleh setiap AJK yang terlibat dan setiap AJK akan dipantau oleh pensyarah masing-masing serta dibantu oleh ketua bagi setiap AJK tersebut untuk memastikan setiap AJK menjalankan tugas yang telah diberikan. Antara pensyarah yang terlibat dalam melaksanakan modul HT619 ini adalah:-

ü  Nyi Imas Binti Muhamad Chong
ü  Zauyani Binti Zainal Mohamed Alias
ü  Mohamad Zulhilmy Bin Mohamad Yusop
ü  Azila Binti Abdul Wahid
ü  Ung Ean Na
ü  Nur Hidayah Binti Zulkifli
ü  Nor Akashah Binti Kassim


Gambar-gambar berikut merupakan gambar pelajar pelancongan semester akhir yang diberikan tugasan untuk melaksanakan teater muzikal.

DUP 6A

DUP 6

DUP 6C

LAPORAN SEBELUM PEMENTASAN

Sebelum tibanya pada hari kemuncak teater muzikal Kampung Baru iaitu pada 3hb April 2013 (Rabu), banyak persediaan yang telah dilakukan dalam menjayakan teater ini. Banyak halangan yang perlu dilalui sambil masing-masing sedang menyiapakan projek bagi modul-modul lain.

AJK teater, muzik, dan tarian berlatih hampir setiap hari bagi menghafal skrip, gerakkan tarian dan mencari lagu yang sesuai. Manakala AJK visual pula memikirkan prop yang perlu digunakan dalam teater ini. Bagi AJK promosi pula, mereka melakar reka bentuk banner, banting dan juga tiket bagi para penonton. Promosi dilakukan sebulan sebelum hari kemuncak teater muzikal. Harga tiket dijual RM3.00 seorang. Bagi AJK makanan, makanan disediakan bagi setiap pelajar yang terlibat pada hari pementasan teater muzikal. Untuk AJK protokol pula, mereka ditugaskan untuk mengiringi tetamu jemputan. Akhir sekali, flow manager merupakan AJK yang terpenting dalam memastikan teater muzikal Kg. Baru ini berjalan dengan lancar mengikut babak 1 hingga 7.

*      Berikut merupakan antara persiapan akhir sebelum tibanya hari pementasan teater muzikal Kg. Baru:-

MENGANTUNG PROP YANG TELAH SIAP DI BAHAGIAN LATAR PENTAS

AJK MAKANAN MEMBERIKAN MAKANAN KEPADA AJK-AJK YANG LAIN

AJK PROMOSI SEDANG MELAKUKAN PENJUALAN TIKET DI KAUNTER


AJK TARIAN SEDANG MELAKUKAN PERSIAPAN AKHIR


AJK TARIAN TURUT DIBANTU OLEH PENARI UJUNG TANAH


TIKET MASUK


AJK MUZIK SEDANG BERLATIH MELONTARKAN VOKAL


AJK MUZIK YANG BERTUGAS DI BAHAGIAN PA SISTEM


AJK TEATER MELAKUKAN REHEARSAL


PROP RUANG TAMU



PROP RUMAH


AJK VISUAL SEDANG MELUKIS PROP


LAPORAN SEMASA PEMENTASAN TEATER MUZIKAL KAMPUNG BARU

Semasa pementasan teater muzikal Kampung Baru berlangsung para pelakon,penari dan muzik sedang bersiap sedia di belakang tadbir. Para penonton juga kelihatan semakin membanjiri ruang dewan. Para pelakon,penari dan muzik kelihatan semakin gelisah kerana menunggu pementasan dimulakan.
Ketibaan VVIP mengamitkan suasana dan bermulalah pementasan teater muzikal Kampung Baru.

Para pelakon Mak Renong dan Mak Aji

Ruang Dewan

Props

Para pelakon Sedang Beraksi

Para pelakon dan penari bersiap sedia


Para pelakon di ruang rumah Raja Molek

Para penonton

Babak di warong

Babak di Warong

Para penari 

Cik Pa dan Yam Marman

Para Penari

LAPORAN SELEPAS PEMENTASAN TEATER MUZIKAL KAMPUNG BARU

ggjPementasan Teater Muzikal Kampung Baru ini merupakan salah satu teknik intepretasi yang baik dalam penyampaian sesuatu maklumat dan mesej yang tersendiri. Melalui pementasan teater ini, dapat memberi banyak pengalaman baru kepada warga Politeknik Ibrahim Sultan terutamanya kepada pelajar-pelajar semester akhir Diploma Pengurusan Pelancongan semester ini. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada warga produksi untuk mempelajari bidang pengurusan di dalam suasana yang berbeza. Hal ini kerana, para pelajar telah dapat bekerjasama dengan tiga orang alumni Sekolah Seni Malaysia, Johor Bahru yang telah banyak membantu dalam menjayakan produksi ini.

Dalam masa yang sama, para pelajar juga dapat meningkatkan keyakinan diri terutamanya kepada para pelakon yang telah berjaya mengintepretasikan menerusi watak yang telah dilakonkan. Di samping itu, para pelajar dapat mengadaptasikan keseluruhan teknik intepretasi yang telah dipelajari dalam pementasan teater muzikal ini. Para pelajar juga, dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai bidang seni dengan lebih mendalam seperti seni teater, seni tari, seni audio visual dan seni muzik. Ia juga merupakan pengalaman baru bagi pelajar yang pertama kalinya melibatkan diri dalam teater muzikal.

Para pelajar amat bersyukur kerana dapat menjalankan program ini dengan jayanya serta apa yang telah diharapkan berjalan dengan lancar. Hasil dari kerjasama dari para pelajar dan pensyarah-pensyarah modul Visitor Intepretation Services (VIS) ini, telah membuahkan hasil yang cukup hebat apabila keseluruhan tiket telah berjaya dijual sekaligus memberi impak dan penekanan baru dalam pembelajaran dan pengajaran bagi subjek tersebut. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan produksi yang julung-julung kalinya diadakan ini.



 

 
Gambar-gambar berikut merupakan gambar kenang-kenangan setelah tamatnya produksi Teater Muzikal Kampung Baru ini.

Sesi bergambar bersama pengarah dan ketua jabatan pelancongan & hospitaliti

Memperkenalkan Ajk -Ajk