Dari Kiri :
Nor Amalina Bt Nor Azlan,Hafiqah Bt Zainal Abidin,
Stella Hennery,Ahmad Fakhrul Azmi Bin Ab Gafa,
Najeha Bt Abdul Razak,Nur Syamimi Syuhada Bt Abdullah
TEATER MUZIKAL KG.BARU
Pada semester
akhir ini, pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Ibrahim Sultan
dikehendaki mempelajari modul HT619-Visitor
Interpretation Services. Objektif modul ini dijalankan adalah untuk
membantu para pelajar pelancongan dalam mempelajari konsep asas dan penggunaan
perkhidmatan tafsiran dalam bidang pelancongan. Dalam modul ini, salah satu
tugas yang perlu dilaksanakan adalah melakukan Teater Muzikal. Setelah
ketiga-tiga kelas pelancongan iaitu DUP6A, DUP6B dan DUP6C berbincang tentang
pemilihan tajuk, akhirnya, tajuk yang dipilih adalah Kampung Baru.
Untuk pengetahuan para pembaca, ini merupakan kali
pertama teater muzikal diadakan di Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dengan hasil
peluh sepenuhnya oleh pelajar semester 6 pelancongan turut dibantu oleh para
pensyarah modul ini dan tidak dilupakan juga kepada adik-adik lepasan Sekolah
Seni Johor Bahru. Apabila tajuk telah dipilih, beberapa ahli jawatankuasa (AJK)
dirangka bagi melancarkan perjalann teater muzikal ini. Antara AJK yang dimaksudkan
adalah seperti berikut:-
v Teater
v Muzik
v Tarian
v Visual
v Promosi
v Makanan
v Protokol
v Pengarah
v Flow
Manager
Saudara Haris daripada kelas DUP6A diberi kepercayaan untuk menjadi
pengarah bagi teater muzikal ini. Beliau akan dibantu oleh setiap AJK yang
terlibat dan setiap AJK akan dipantau oleh pensyarah masing-masing serta
dibantu oleh ketua bagi setiap AJK tersebut untuk memastikan setiap AJK
menjalankan tugas yang telah diberikan. Antara pensyarah yang terlibat dalam
melaksanakan modul HT619 ini adalah:-
ü Nyi Imas Binti Muhamad Chong
ü Zauyani Binti Zainal Mohamed Alias
ü Mohamad Zulhilmy Bin Mohamad Yusop
ü Azila Binti Abdul Wahid
ü Ung Ean Na
ü Nur Hidayah Binti Zulkifli
ü Nor Akashah Binti Kassim
Gambar-gambar berikut merupakan gambar pelajar pelancongan semester akhir
yang diberikan tugasan untuk melaksanakan teater muzikal.
DUP 6A
DUP 6
DUP 6C
LAPORAN SEBELUM PEMENTASAN
AJK teater, muzik, dan tarian berlatih hampir setiap hari bagi menghafal
skrip, gerakkan tarian dan mencari lagu yang sesuai. Manakala AJK visual pula
memikirkan prop yang perlu digunakan dalam teater ini. Bagi AJK promosi pula,
mereka melakar reka bentuk banner,
banting dan juga tiket bagi para penonton. Promosi dilakukan sebulan sebelum
hari kemuncak teater muzikal. Harga tiket dijual RM3.00 seorang. Bagi AJK
makanan, makanan disediakan bagi setiap pelajar yang terlibat pada hari
pementasan teater muzikal. Untuk AJK protokol pula, mereka ditugaskan untuk
mengiringi tetamu jemputan. Akhir sekali, flow
manager merupakan AJK yang terpenting dalam memastikan teater muzikal Kg.
Baru ini berjalan dengan lancar mengikut babak 1 hingga 7.
Berikut
merupakan antara persiapan akhir sebelum tibanya hari pementasan teater muzikal
Kg. Baru:-
MENGANTUNG
PROP YANG TELAH SIAP DI BAHAGIAN LATAR PENTAS
AJK
MAKANAN MEMBERIKAN MAKANAN KEPADA AJK-AJK YANG LAIN
AJK PROMOSI SEDANG MELAKUKAN
PENJUALAN TIKET DI KAUNTER
AJK TARIAN SEDANG MELAKUKAN
PERSIAPAN AKHIR
AJK TARIAN TURUT DIBANTU
OLEH PENARI UJUNG TANAH
TIKET MASUK
AJK MUZIK SEDANG BERLATIH
MELONTARKAN VOKAL
AJK MUZIK YANG BERTUGAS DI
BAHAGIAN PA SISTEM
AJK TEATER MELAKUKAN REHEARSAL
PROP RUANG TAMU
PROP RUMAH
AJK VISUAL SEDANG MELUKIS
PROP
LAPORAN SEMASA
PEMENTASAN TEATER MUZIKAL KAMPUNG BARU
Semasa pementasan teater muzikal Kampung Baru berlangsung
para pelakon,penari dan muzik sedang bersiap sedia di belakang tadbir. Para
penonton juga kelihatan semakin membanjiri ruang dewan. Para pelakon,penari dan
muzik kelihatan semakin gelisah kerana menunggu pementasan dimulakan.
Ketibaan VVIP mengamitkan suasana dan bermulalah pementasan
teater muzikal Kampung Baru.
Para pelakon Mak Renong dan Mak Aji
Ruang Dewan
Props
Para pelakon Sedang Beraksi
Para pelakon dan penari bersiap sedia
Para pelakon di ruang rumah Raja Molek
Para penonton
Babak di warong
Babak di Warong
Para penari
Cik Pa dan Yam Marman
Para Penari
LAPORAN SELEPAS
PEMENTASAN TEATER MUZIKAL KAMPUNG BARU
ggjPementasan Teater Muzikal Kampung
Baru ini merupakan salah satu teknik intepretasi yang baik dalam penyampaian
sesuatu maklumat dan mesej yang tersendiri. Melalui pementasan teater ini, dapat
memberi banyak pengalaman baru kepada warga Politeknik Ibrahim Sultan
terutamanya kepada pelajar-pelajar semester akhir Diploma Pengurusan
Pelancongan semester ini. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada warga
produksi untuk mempelajari bidang pengurusan di dalam suasana yang berbeza. Hal
ini kerana, para pelajar telah dapat bekerjasama dengan tiga orang alumni
Sekolah Seni Malaysia, Johor Bahru yang telah banyak membantu dalam menjayakan
produksi ini.
Dalam masa yang sama, para
pelajar juga dapat meningkatkan keyakinan diri terutamanya kepada para pelakon
yang telah berjaya mengintepretasikan menerusi watak yang telah dilakonkan. Di
samping itu, para pelajar dapat mengadaptasikan keseluruhan teknik intepretasi
yang telah dipelajari dalam pementasan teater muzikal ini. Para pelajar juga, dapat
menambah ilmu pengetahuan mengenai bidang seni dengan lebih mendalam seperti
seni teater, seni tari, seni audio visual dan seni muzik. Ia juga merupakan
pengalaman baru bagi pelajar yang pertama kalinya melibatkan diri dalam teater
muzikal.
Para pelajar amat bersyukur kerana
dapat menjalankan program ini dengan jayanya serta apa yang telah diharapkan
berjalan dengan lancar. Hasil dari kerjasama dari para pelajar dan
pensyarah-pensyarah modul Visitor Intepretation
Services (VIS) ini, telah membuahkan hasil yang cukup hebat apabila
keseluruhan tiket telah berjaya dijual sekaligus memberi impak dan penekanan
baru dalam pembelajaran dan pengajaran bagi subjek tersebut. Syabas dan tahniah
kepada semua pihak yang telah melibatkan diri secara langsung dan tidak
langsung dalam menjayakan produksi yang julung-julung kalinya diadakan ini.
Sesi bergambar bersama pengarah dan ketua jabatan pelancongan & hospitaliti
Memperkenalkan Ajk -Ajk